Sebuah syarikat sejuk beku bersama dua pengarah dan pengurus didakwa atas 21 pertuduhan memiliki, menawarkan dan menggunakan logo halal palsu berkaitan kartel daging, di Mahkamah Sesyen Johor Bahru.<br />Tertuduh, Syarikat LY Forzen Food Sdn. Bhd bersama Pengarahnya, Yong Chee Keong, dan Tan Siew Huak (yang masih bebas) serta Pengurus, Chong Kim Kuang, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan.
